Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya memohon pembayaran balik ptptn melalui Akaun 2 KWSP.
Pertama sekali, baki dalam akaun 2 saya tu sebenarnya tak sampai pun RM 1000 🤣 Cuma ada RM 800 lebih ja masa tu. Tetapi disebabkan banyak video dekat TikTok pasal ni so saya pun teringin nak cuba sendiri.
Di bawah ni saya akan ceritakan beberapa langkah yang saya buat untuk bayar PTPTN melalui Akaun 2 KWSP.
LANGKAH 1 :
Log masuk i-Akaun di laman rasmi KWSP.
LANGKAH 2 :
Pilih bahagian 'Withdrawal'
LANGKAH 3 :
Tekan 'New Application'
senarai pengeluaran yang saya sudah pernah buat hihi
LANGKAH 4
Lepas tekan 'new application' tu akan muncul macam dalam gambar di bawah ni.
Withdrawal type tu, pilih bahagian 'Education'.
Bila dah pilih Education tu akan muncul yang ini ya, so jangan terkejut atau panik. Baca dan klik 'Ok'.
LANGKAH 5 :
Isikan ja maklumat macam dalam gambar di bawah ni.
PENTING : Untuk bahagian 'Participating Institution' tu kena taip/search PTPTN.
Bila dah siap isi, boleh la tekan 'next
Dan nanti akan muncul macam ni lagi :
Lepas dah baca satu-satu bolehlah tekan 'Accept'.
LANGKAH 6 :
Personal details kita akan dipaparkan untuk bahagian ni.
Kita cuma akan isi bahagian 'Student Reference No.' dan amount yang kita nak keluarkan untuk bayar PTPTN sahaja.
Lepas dah siap isi, macam biasa kita tekan 'next'.
Note : Student Reference No. tu boleh guna nombor matriks masa kita study dulu atau boleh juga guna no pinjaman PTPTN.
LANGKAH 7 :
Request TAC. Masukkan TAC yang betul
LANGKAH 8 :
Bila dah masukkan TAC yang betul, akan keluar lagi yang macam ni. Baca sampai habis dan tekan
'Agree'.
LANGKAH 9 :
Lepas dah 'Agree' akan muncul macam ni.
Jangan lupa Print untuk rujukan.
LANGKAH 10 :
Dan bolehlah semak semula status permohonan di bahagian Withdrawal/e-Pengeluaran.
Nanti akan keluar yang macam no 1 tu.
LANGKAH 11 :
Nanti bawa bersama dokumen sokongan untuk memudahkan urusan. Tapi hari tu masa saya buat dekat KWSP cawangan Kota Kinabalu, tak kena minta dokumen apa2 selain daripada kad pengenalan.
Proses pembayaran pula akan dilakukan dalam masa 7-14 hari bekerja.
Notes: Untuk permohonan seterusnya, tak perlu lagi buat pengesahan ibu jari. Boleh terus mohon dari i-Akaun.
Itu sahaja dari saya. Terima kasih yang sudah membaca, semoga urusan kita untuk membayar balik PTPTN dipermudahkan <3
Maaf kalau ada kurang dan silap. Jumpa lagi di post akan datang! Have a great day!